Home » » T-REX

T-REX

Tyrannosaurus (yang bererti "mengkarung zalim") merupakan satu genus dinosaur teropod. Spesies Tyrannosaurus rex, biasanya diringkaskan kepada T. rex, merupakan salah satu dinosaur yang paling terkemuka d diseluruh dunia. Ia berasal dari kawasan yang kini dikenali sebagai bahagian barat Amerika Utara. Sesetengah pakar sains menganggap Tarbosaurus bataar dari Asia sebagai mewakili spesies kedua Tyrannosaurus, manakala yang lain menegaskan bahawa Tarbosaurus sebagai genus berlainan.
Sebagaimana tyrannosaurid yang lain, Tyrannosaurus merupakan makhluk maging berkaki dua dengan tengkorak yang besar diimbangkan oleh ekor yang panjang dan berat. Dibandingkan dengan kakinya yang besar dan berkuasa, 'tangan' Tyrannosaurus adalah kecil dan mempunyai hanya dua jari. Sungguhpun theropod lain menyaingi atau lebih besar berbanding T. rex dari segi saiz, ia diketahui sebagai salah sejenis pemangsa daratan terbesar , berukuran melebihi 13 meter (43 kaki panjang dan berat sehingga 6.8 tan metrik (7.5 tan pendek).
Fosil T. rex telah dijumpai di formasi batu Amerika Utara bertarikh sejak tiga juta tahun dahulu pada akhir peringkat fauna usia Maastricht pada Zaman Batu Kapur (Cretaceous), iaitu sekitar 68.5 hingga 65.5 juta tahun dahulu; ia merupakan antara dinosaur terakhir yang wujud sebelum kejadian kepupusan besar-besaran (Cretaceous-Tertiary). Lebih 30 spesimen T. rex telah dikenal pasti, sesetengahnya adalah rangka yang hampir lengkap. Sesetengah penyelidik mendakwa turut menjumpai tisu lembut. Banyaknya jumlah bahan fosil membolehkan penyelidikan mendalam mengenai banyak aspek mengenai biologinya, termasuk sejarah hayat dan biomekanikal. Tabiat makan, fisiologi (physiology) dan potensi kepantasan T. rex adalah beberapa topik yang kekal dipertikaian.


0 komentar:

Posting Komentar

 
© 2010-2012 Dunia belajar